Mula beroperasi pada awal tahun 2017. Ianya bertujuan memberi maklumat dan memaparkan segala aktiviti yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Kuala Teriang.
Sebelum ini, sekolah mempunyai laman web sendiri iaitu skkualateriang.edu.my tetapi akibat daripada kekangan bajet untuk membiayai operasinya terpaksa dihentikan dan digantikan dengan penggunaan blog supaya dapat memberi maklumat serta informasi terkini kepada pengguna yang mengikuti secara dekat perjalanan Sekolah Kebangsaan Kuala Teriang seiring dengan kemajuan teknologi.
Pihak ICT SKKT akan menjadikan blog ini sebagai satu medan komunikasi dengan dunia luar yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Sekolah Kebangsaan Kuala Teriang.
Anda juga boleh memperolehi maklumat dengan cara melayari laman sosial Sekolah Kebangsaan Kuala Teriang iaitu di www.facebook.com/sekolahkebangsaankualateriang.
Kami pihak ICT SKKT mengalu-alukan sebarang cadangan dan maklum balas dari anda semua.