Sekolah Kebangsaan Kuala Teriang dibina pada 3 Februari 1953. Ia dibina oleh pakatan waris secara bergotong-royong. Diasaskan oleh Panglima Kula Teriang iaitu En. Bakar bin Mustaffa, En. Darus bin Ismail (setiausaha), En. Md. Amin bin Musa (bendahari) dan En. Bulat bin Abd Latif. Ketika itu sekolah ini hanya beratapkan nipah, berdinding papan dan berlantaikan simen. Luasnya kira-kira 1,890 kaki persegi.
Pada tahun 1956 Pejabat Pelajaran Negeri Kedah ( sekarang JPN) membina sebuah bangunan tambahan yang mempunyai 6 bilik darjah dengan keluasan 30'x20' iaitu 3,600 kaki persegi
Sekolah ini telah mendapat bantuan penuh kerajaan dimana sebuah bangunan 2 tingkat dibina lengkap 4 bilik darjah, pejabat, bilik air, setor dan sebuah kantin.
Awai tahun 2000, sebuah bangunan 3 tingkat didirikan lengkap dengan bilik darjah, makmal sains dan beberapa bilik kecil untuk dijadikan bilik buku teks dan stor.
Pada tahun 2007, sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan, 2 buah prasekolah, sebuah kantin, sebuah makmal komputer, sebuah pusat akses, sebuah bengkel kemahiran hidup, sebuah surau dan yang terbaru sebuah pejabat guru.
Kini Sekolah Kebangsaan Kuala Teriang bergerak maju ke hadapan seiring misi dan visi sekolah.